Terima kasih kerana berminat untuk membeli melalui laman web kami. Berikut ialah langkah-langkah yang anda boleh ikuti bagi membuat pembelian di sini:
1- Lawati laman web kami di http://niagakecil.com.my/ dan pilih barangan yang dikehendaki.
2- Klik pada gambar barangan untuk melihat deskripsi item.
3- Bagi membuat pembelian, klik pada ‘Add To Cart’ ataupun untuk item yang mempunyai banyak variasi, klik pada ‘Select Options’
4- Barangan yang anda pilih akan dimasukkan ke dalam ‘Bakul Belian’. Anda boleh terus membuat pembayaran dengan klik pada butang ‘Checkout’. Jika anda ingin menambah atau membuang sebarang produk daripada bakul, klik pada ‘View Cart’
5- Jika anda klik pada ‘View Cart’ paparan berikut akan muncul dan anda boleh menambah bilangan barangan yang dipilih ataupun membuang barangan yang tidak dikehendaki.
6- Jika anda klik pada butang ‘Checkout’ atau ‘Proceed to Checkout’ anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Isikan ‘Billing Address’ dan ‘Shipping Address’ dengan maklumat yang betul. Kaedah pembayaran dan cara menghantar bukti pembayaran juga dinyatakan dalam paparan seterusnya ini.
7- Sila ikut arahan pembayaran yang dinyatakan. Pihak kami akan menyemak setiap pembelian yang dilakukan dan barangan anda hanya akan dihantar sebaik pembayaran anda telah sah kami terima. Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila kemukakan melalui emel kami niagakecil@gmail.com ataupun dengan mana-mana cara yang telah dinyatakan di laman web ini. Terima kasih 🙂